Wednesday 23 December 2009

Perihal Yahudi, Umat Islam Masih Tidak Sedar

Pernahkah kita terfikir mengapa bangsa Yahudi menjadi bangsa yang begitu kuat pada hari ini? Walhal mereka adalah bangsa yang dikutuk dan dihina bukan sekadar dalam al-Quran, malah turut tersebut dalam kitab-kitab lain sehingga dianggap sebagai bangsa perosak.

Dalam sejarah dunia, Yahudi pernah dianggap parasit sehingga Jerman di bawah Nazi pimpinan Adolf Hitler tidak teragak-agak melakukan penyembelihan enam juta umat Yahudi ketika Perang Dunia Kedua melalui peristiwa Holocoust.. Sekalipun ada pihak yang mendakwa peristiwa ini dakyah Yahudi tetapi perlu diingat bahawa tidak pernah dalam sejarah moden sesebuah bangsa dihina sebegitu hebat.

Dianggarkan terdapat 14 juta Yahudi di seluruh dunia pada hari ini. Tujuh juta berada di Amerika Syarikat, lima juta di Asia dan dua juta di Eropah manakala 100 000 lagi di Afrika. Umat Islam pula dianggarkan 1.4 bilion yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan kaum di atas muka bumi ini. Ini bermakna bagi setiap Yahudi terdapat 100 umat Islam tetapi mengapa Yahudi hari ini beratus kali ganda kuat berbanding semua kekuatan umat Islam yang ada di dunia?

Albert Enstine, saintis berketurunan Yahudi dinobatkan sebagai Person of The Century oleh Time. Sigmund Frud yang menemui teori Psikoanalisis juga seorang Yahudi. Karl Marx, Paul Samuelson, Milton Friedman dan beribu lagi sarjana tersohor serta manusia popular di dunia adalah berbangsa Yahudi.

Selain itu beratus lagi sarjana dan cendekiawana Yahudi telah memberi sumbangan dalam peradaban dunia. Benjamin Rubin mencipta jarum vaksin moden (picagari), Albert Sabin membangunkan vaksin polio yang pertama, Gertude Elion menemui dadah melawan leukemia, Baruch Blumberg membangunkan vaksin untuk Hapititis B, Paul Ehrlich menemui rawatan penyakit siflis, Elie Metcnikoff memenangi hadiah Nobel melalui kajiannya mengenai penyakit berjangkit.

Benard Katz memenangi hadiah Nobel melalui kajian transmisi meuromuskular, Andrew Schally memenangi hadiah Nobel melalui indocrinology (kegagalan sistem indokrin yang menyebabkan diabetis dan hyperthyroidism). Aaron Beck menemui terapi kognitif (terapi merawat pesakit mental), Gregory Pincus membangunkan pil kontraseptif pertama, George Wald memenangi hadiah Nobel hasil penemuan lanjut mengenai mata manusia. Stanley Cohen memenangi hadiah Nobel hasil kajiannya mengenai embriologi (kajian janin manusia) dan Willem Kolf mencipta mesin dialisis buah pinggang.

Untuk tempoh 150 tahun lalu, 14 juta Yahudi telah memenangi sedozen hadiah Nobel tetapi umat Islam yang hanya berjumlah 1.4 bilion hanya 3 hadiah Nobel. Mengapa Yahudi begitu berkuasa?

Stanley Mezor mencipta cip pemprosesan data yang pertama, Leo Szilard membangunkan rektor nuklear yang pertama, Peter Schultz mencipta kabel fiber optik, Charles Adler mencipta lampu isyarat, Benno Strauss menemui besi keluli, Isador Kissee menghasilkan filem bersuara, Emile Berliner mencipta telefon moden dan Charles Ginsburg mencipta perakam video.

Ahli perniagaan tersohor dunia berketurunan Yahudi adalah seperti Ralph Lauren dengan jenama Polo, Levis Strauss, Howard Schultz (Starbuck), Sergey Brin (Goggle), Michael Dell (Dell Computers), Larry Ellison (Oracle), Dona Karan (DKNY), Irv Robbins (Baskin & Robbins) dan Bill Rosenberg (Dunkin Donuts)

Presiden Universiti Yale, Richard Levin Yahudi. Begitu juga dengan Henry Kessinger (Setiausaha Negara Amerika Syarikat), Alan Greenspan (Penasihat Presiden Amerika Syarikat), Joseph Lieberman dan Madeline Albright (Setiausaha Negara Amerika Syarikat), Casper Weinberger (Mantan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat), Maxim Litvinov (Mantan Menteri Luar Kesatuan Soviet/USSR), Isac Issacs (Gabenor Janeral Australia), Benjamin Disraeli (Penulis British Tersohor), Yevgeny Primakov (Mantan Perdana Menteri Rusia), Bary Goldwater serta kumpulan penyelidikkan saintis di seluruh dunia majoritinya adalah diketuai Yahudi.

Walter Annenberg juga seorang Yahudi yang membina ratusan perpustakaan sehingga mencecah nilai RM 7.2 bilion. Dalam sukan Olimpik, Mark Spitz mencipta sejarah memenangi tujuh pingat emas acara renang dalam satu pertandingan, Lenny Krayzelburg memenangi tiga pingat emas. Spitz Krayzelburg dan Boris Becker kesemuanya adalah Yahudi asli.

Tidak cukup dengan itu tahukah anda juga bahawa Harrison Ford, George Burns, Tony Curtis, Charles Bronson, Sandra Bullock, Billy Crystal, Woody Allen, Paul Newman, Peter Sellers, Dustin Hoffman, Michael Douglas, Ben Kingsley, Kirk Douglas, Goldie Hawn, Cary Grant, William Shatner, Jerry Lewis dan Peter Falk kesemuanya juga adalah artis dan bintang popular Hollywood berketurunan Yahudi. Malah dunia perfileman dan industri Hollywood itu sendiri dibuka oleh Yahudi.

Tambahan lagi Steven Spielberg, Mel Brooks, Oliver Stone, Aaron Spelling (Beverly Hills 90210), Neil Simon (The Old Couple), Andrew Vaina (Rambo) Michael Man (Starsky and Hutch), Milos Forman (One flew over the Cuckoo’s Nest), Douglas Fairbanks dan Ivan Reitman (Ghostbusters) adalah semuanya Yahudi.

Malah yang menguasai dan menjadi pelobi utama Kongres Amerika Syarikat adalah Suruhanjaya Hal Ehwal Amerika Israel (AIRPAC). Jika Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert menemui teori bumi ini rata, AIPAC sudah pasti akan menghantar resolusi menekan Dewan Kongres Amerika Syarikat untuk menghantar ucapan tahniah kepada Israel atas penemuan tersebut.

William James antara manusia terbijak di dunia dengan IQ antara 250 hingga 300 juga berketurunan Yahudi. Persoalannya mengapa mereka begitu hebat? Kerana Yahudi menikmati pendidikan terbaik. Mengapa pula umat Islam terus mundur? Kerana kita umat Islam kurang mementingkan ilmu dalam pembinaan peradaban dan kemajuan yang kita kecapi pada hari ini.

Daripada 1, 476 233 470 umat Islam di dunia pada hari ini iaitu satu bilion di Asia, 400 juta di Afrika, 44 juta di Eropah dan enam juta lagi di Amerika. Semuanya Islam dan dari setiap satu penganut Hindu dan Buddha ada dua umat Islam serta bagi setiap satu Yahudi ada 100 umat Islam. Namun mengapa umat Islam lemah? Benar sabda Rasulullah bahawa umat Islam akhir zaman ibarat buih di lautan sekalipun banyak tetapi hanya mengikut arus ke mana ia pergi.

Terdapat 57 negara OIC dan dijumlahkan kesemuanya terdapat lebih kurang 500 universiti yang dimiliki umat Islam bersamaan tiga universiti untuk setiap tiga juta penduduk. Di Amerika Syarikat terdapat 5758 universiti dan India 8407 universiti. Namun pada tahun 2006 kajian oleh Universiti Jiao Tong yang membuat perangkaan akademik bagi seluruh universiti di dunia. Tidak ada satu pun universiti umat Islam berada di tangga 500 teratas dan terbaik dunia.

Data yang dikumpulkan oleh Program Pembangunan PBB (UNDP) pula menunjukkan kadar celik huruf di negara yang majoritinya penduduk beragama Kristian berada pada paras 90 peratus dengan 15 daripadanya memiliki kadar 100 peratus. Bagi negara yang majoritinya umat Islam pula adalah sekitar 40 peratus dan tiada negara Islam yang mencatatkan kadar celik huruf sepenuhnya sedangkan wahyu pertama yang diturunkan kepada Rasulullah di Jabal Nur, Gua Hira adalah Iqraa (bacalah!).

Sebanyak 98 peratus penganut Kristian yang celik huruf menamatkan sekolah menengah, Cuma 50 peratus umat Islam yang berbuat sedemikian. Sekitar 40 peratus umat Kristian yang celik huruf ini pula melanjutkan pengajian sehingga ke universiti tetapi tidak lebih dua peratus umat Islam yang berbuat sedemikian.

Negara Islam mempunyai 230 saintis bagi setiap juta umat Islam. Amerika Syarikat pula memiliki 4000 saintis bagi sejuta penduduk sementara Jepun memiliki 5000 saintis bagi setiap juta rakyatnya. Di seluruh Arab dianggarkan terdapat 35 000 penyelidik sepenuh masa dan 50 juruteknik bagi setiap juta penduduknya tetapi penganut Kristian memiliki 1000 juruteknik bagi sejuta penduduknya.

Bagi setiap negara Islam kita hanya membelanjakan sekitar 0.2 peratus KDNK bagi tujuan Penyelidikkan dan Pembangunan (R&D) dan ini memberikan isyarat yang jelas betapa pembudayaan ilmu yang lemah dalam dunia Islam menyebabkan kita tidak memiliki keupayaan untuk menjadi pendominasi lapangan ilmu pengetahuan.

Akhbar dan buku boleh dijadikan pengukur dalam menentukan sama ada ilmu pengetahuan dihayati masyarakat dengan berkesan atau tidak. Di Pakistan terdapat 23 syarikat akhbar bagi 1000 rakyatnya sedangkan di Singapura terdapat 360 syarikat akhbar bagi 1000 penduduknya. Jika di United Kingdom (Britain) terdapat 2000 judul buku bagi setiap juta penduduknya dengan 20 judul bagi setiap angka yang sama di Mesir pula tidak ada. Kesimpulannya dunia Islam gagal menguasai ilmu pengetahuan dengan baik.

Hasil eksport produk berteknologi tinggi (termasuk bioteknologi) digunakan pula sebagai pengukur sama ada ilmu pengetahuan berjaya diaplikasikan dalam dunia Islam atau tidak. Pakistan mengeksport produk teknologi tinggi sekitar satu peratus. Manakala Arab Saudi, Kuwait, Maghribi dan Algeria pula mengeksport sekitar 0.3 peratus. Singapura pula mengeksport 58 peratus produk berteknologi tingginya ke seluruh dunia. Kesimpulannya kita masih lemah dan kurang berjaya dalam mengaplikasaikan penguasaan ilmu bagi peningkatan kualiti hidup kita.

Mengapa kita tidak berkuasa? Kerana kita gagal menguasai ilmu pengetahuan dengan baik. Mengapa tidak berkuasa? Kerana kita gagal meningkatkan kesedaran dan penghayatan kita terhadap ilmu, hikmah dan pedoman dalam kehidupan seharian kita. Mengapa kita lemah bagaikan buih dilautan seperti sabda Rasulullah? Kerana kurangnya keupayaan dan kesungguhan mengaplikasikan ilmu pengetahuan dalam kehidupan seharian sedangka kita sedar betapa masa depan dunia dan peradaban baru yang hendak kita bina adalah dengan ilmu pengetahuan yang kita sia-siakan selama ini.

Sesuatu yang menarik tentang KDNK 57 negara OIC hanyalah berjumlah RM 7.2 trilion tetapi Amerika Syarikat secara peribadi memiliki penghasilan produk perkhidmatan bernilai RM 432 trilion, China RM 28.8 trilion, Jepun RM 14 trilion tetapi negara-negara seperti Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Kuwait dan Qatar secara puratanya menghasilkan produk dan perkhidmatan bernilai RM 1.8 trilion sementara Spanyol menghasilkan produk bernilai RM 3.6 trilion, Poland RM 1.7 trilion dan Thailand RM 9.1 trilion. Jadi, mengapakah umat Islam yang terbina dan bermula dengan wahyu Iqraa masih tidak berkuasa? Jawapannya kerana kita tidak mengendahkan dan menghayati kepentingan ilmu pengetahuan dalam kehidupan seharian kita berbanding bangsa-bangsa lain teramsuklah musuh kita Yahudi.

ENGLISH IS EVERYTHING. dulu ARABIC IS EVERYTHING. dua2 ini adalah bahasa tamadun, bahasa ilmu, bahasa ekonomi pada sesatu tamadun dan bahasa Al Quran.

ps: buku dan sumber kajian para saintis islam dicuri dan di’hakmilikkan’ oleh kaum yahudi… sumber asal dihapuskan… x de sape kisah sbb umat islam x tau kepentingan ilmu dari dulu sampailah kini… “Mereka yang berilmu mampu menakluki dunia….”

Sumber : http://smzblog.wordpress.com/2008/06/20/perihal-yahudi-umat-islam-masih-tidak-sedar/

Friday 18 December 2009

Menyeronokkan tapi menyusahkan

Sesungguhnya di dalam kehidupan kita dikelilingi oleh perkara-perkara yang menyoronokkan. Sesungguhnya yang menyeronokkan itulah yang mendatangkan keburukan kepada diri kita. Di bawah ini adalah antara perkara-perkara yang sepatutnya kita hindari, fikirkan dan ambil iktibar supaya kita dapat memuhasabah diri sendiri:

1. Jangan sengaja melewatkan solat kerana perbuatan ini tidak disukai oleh Allah s.w.t
2. Jangan masuk ke bilik air tanpa alas kaki ( selipar ) kerana dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.
3. Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing, makruh kerana ianya membahayakan.
4. Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh, makruh dan mewarisi kepapaan.
5. Jangan tidur selepas solat subuh, nanti rezeki mahal kerana pagi-pagi itu membuka pintu berkat.
6. Jangan makan tanpa membaca Bissmillahirrahmanirrahim dan doa makan, nanti makanan yang dimakan adalah dari muntah syaitan.
7. Jangan keluar dari rumah tanpa niat membuat kebajikan atau kebaikan,takut-takut mati dalam perjalanan.
8. Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan makruh dan mewarisi kepapaan.
9. Jangan biar mata liar di perjalanan, nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
10. Jangan begaul bebas berlebihan (terutamanya wanita) ditempat kerja kerana banyak buruk dari baiknya.
11. Jangan menangguhkan taubat kerana mati boleh datang bila-bila masa sahaja.
12. Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibu bapa dan sesama manusia kalau kita memang bersalah kerana bermaafan sesama manusia adalah tuntutan agama.
13. Jangan mengumpat sesama rakan taulan kerana ia akan merosakkan silaturrahim.
14. Jangan lupa bergantung harap hanya kepada Allah s.w.t dalam setiap kerja yang kita lakukan. Nanti sombong bila berjaya dan kecewa pula bila gagal.
15. Jangan bakhil untuk bersedekah kerana dengan bersedekah itu dapat memurahkan rezeki kita.
16. Jangan banyak ketawa nanti mati jiwa.
17. Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang orang kepada kita.
18. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan oleh Allah s.w.t
19. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia, kerana akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya.
20. Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana disitulah tempat tinggal jin kafir dan syaitan.
21. Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap itu makanan jin.
22. Jangan lupa membaca Bissmillahirrahmanirrahim dan salam ketika masuk ke dalam rumah kerana dikhuatiri jin dan syaitan akan masuk bersama.
23. Jangan memakai tangkal kerana Allah s.w.t tidak sempurnakan agama seseorang itu jika memakai tangkal kerana dikhuatiri kita bergantung kepada tangkal bukan kepadaNYA.
24. Jangan sama sekali mempertikaikan hukum Islam kerana sesungguhnya Allah s.w.t itu lebih mengetahui segalanya.

Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah s.w.t dan yang buruk itu datangnya dari kelemahan hambaNYA jua.

Monday 14 December 2009

TUGASAN BAGI SUBJEK PENDIDIKAN PEMBANGUNAN LESTARI

PRESENTATION PEND. PEMBANGUNAN LESTARI

1) Pengenalan Pendidikan Alam Sekitar dan Pembangunan Lestari (DZUL & JAN)
Sejarah dan konsep Pendidikan Alam Sekitar
-Stockholm (1974)
-Tblisi (1977)
-Malta (1991)
-Laporan Kabinet Kerajaan Malaysia (1979)
• Sejarah dan konsep Pembangunan Lestari
- Brundtland Report 1987 (World Commision on Environment and Development- WCED)
- Agenda 21 dalam Persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu - PBB (Sidang Kemuncak Bumi Rio de Janeiro 1992)
- Tumpuan Agenda 21 dan kaitan Pembangunan Lestari dengan Pendidikan
*Penambahbaikan pendidikan asas)
*Mengorientasi program pendidikan untuk pembangunan lestari
*Kesedaran orang awam)
Pengwujudan peluang latihan untuk kesedaran dan amalan


2) Pendidikan Pembangunan Lestari (Education for Sustainable Development – ESD) dan Pendidikan untuk Kefahaman Sejagat (Education for International Understanding – EIU)

2a) ARHAM, OSMAN & ZAKI
• Pendidikan Pembangunan Lestari (ESD)

- Sejarah
- Pengisytiharan Dekad ESD (2005-2014) oleh PBB
- Konsep hubungan antara manusia dengan Ketuhanan dan alam (kesedaran manusia terhadap anugerah Tuhan)
- Konsep perseimbangan antara alam sekitar,
*keperluan masyarakat dan keadilan untuk kehidupan yang berkualiti
- Komponen dalam ESD
*Masyarakat
*Persekitaran
*Ekonomi
*Budaya
- Persekitaran
*Pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar
*Pengawalan iklim melampau
*Urbanisasi terkawal
*Kawalan bencana alam
- Ekonomi
*Pengurangan kemiskinan
*Pembangunan ekonomi yang stabil
*Sektor perindustrian yang bertanggungjawab
• Komponen dalan EIU
- Masyarakat dan Budaya
*Keamanan
*Keadilan
*Hak asasi
*Persamaan gender
*Kesihatan
*Persefahaman
Menghormati kepelbagaian (diversity)

2b) AZMAN & FUDHAIL
• Rangka kandungan untuk ESD

- Ilmu pengetahuan
*Alam sekitar dan komponennya
*Keperluan manusia dan interaksi dengan alam sekitar
*Nilai alam sekitar
- Isu sosial, ekonomi, dan alam sekitar
*Pertambahan penduduk
*Peningkatan gaya hidup
*Perindustrian dan perdagangan
*Pepupusan spesies
*Pepupusan sumber alam yang tidak boleh diperbaharui
- Kemahiran
*Penjagaan
*Pemuliharaan dan pemeliharaan
*Amalan seharian dalam semua aktiviti (termasuk aktiviti ekonomi, sosial)
*Gaya hidup

2c) FITRI
• Pendidikan untuk Kefahaman Sejagat (EIU)

- Sejarah
- Rangka konsep dan kaitan dengan The Four Pillars of Education (UNESCO)
- Tema
*Globalisasi dan keadilan sosial
*Kepelbagaian budaya dan perpaduan
*Kelestarian
*Hak Asasi Manusia
*Keamanan dan ekuiti
- Perkaitan antara ESD dan EIU
*Kepelbagaian budaya dan kepelbagaian spesies kehidupan penting untuk pembangunan lestari
*Kepelbagaian budaya mewujudkan persefahaman setempat dan global



3) Interaksi Manusia dengan Alam dan Sumber Semula Jadi
3a) NADIA

• Aktiviti mengikut sektor (dengan memberi contoh dan data semasa)
- Pertanian dan perikanan
- Perlombongan dan cari galian
- Perindustrian
- Pengangkutan
- Komunikasi
- Rekreasi

3b) SYAFIQAH, IRMA, ISMA, MARLIA
• Impak kegiatan manusia dan isu alam sekitar

- Kepupusan flora dan fauna
- Hakisan tanah dan kejadian banjir
- Kekurangan bekalan air
- Perluasan tanah gersang / padang pasir
- Gangguan kejadian paya bakau
- Penipisan ozon
- Kesan rumah hijau / pemanasan bumi
- Kesan bahan pembuangan toksid
- Hujan asid
- Pencemaran udara, air, tanah, dan bunyi
- Pelupusan bahan sumber tenaga

3c) CHAH & YANA
• Penubuhan Badan Antarabangsa, Konvensyen Antarabangsa, akta, dan undang-undang

- UNESCO – Education for Sustainable Development
o APEID – Asia Pacific Programme of Education Innovation for Development
- APCEIU (Asia Pacific Centre of Education
for International Understanding
- Langkawi Declaration (1989), Kuala Lumpur Accord (1992)
- Penguatkuasaan Akta dan undang-undang berkaitan di Malaysia
- Peranan Jabatan Alam Sekitar dan jabatan lain yang berkaitan di Malaysia (contoh: berkaitan perhutanan, perikanan, gas dan sumber asli, peparitan dan tali air, perindustrian)
- Penubuhan dan peranan badan-badan bukan kerajaan. Contoh:
*World Wide Fund (WWF)
*Nature Society
*Sahabat Alam
Environment Protection Society of Malaysia

3d) DAYAH & TIQAH
• Perancangan pembangunan lestari

- Pembangunan ekonomi jangka pendek dan jangka panjang
- Pembangunan seimbang antara bandar
- dan luar bandar
- Perancangan urbanisasi / industrialisasi dan kempen hijau
- Kawalan pertumbuhan penduduk
- Kawalan masalah sosial dan jangkitan penyakit
- Sistem politik dan pentadbiran yang stabil
- Perancangan berkaitan Hak Asasi Manusia
- Pembasmian kemiskinan dan buta huruf
• Peranan pendidikan
- Peranan kurikulum –secara langsung dan secara integrasi
- Peranan kurikulum – secara langsung dan secara integrasi
- Peranan pelbagai pusat latihan
- Peranan guru dan sekolah

3e) SIS
• Amalan gaya hidup

- Meningkatkan kesedaran, sikap dan amalan gaya hidup lestari di tempat tinggal, tempat awam, tempat kerja dan lain
*Konsep 5R – kitar semula, guna semula, pulih, kurangkan, fikir semula (Recycle, Reuse, Repair, Reduce, Rethink)
*Menggunakan bahan yang boleh diperbaharui dan bahan alternatif untuk tenaga (contoh: solar, angin, ombak laut, sekam padi)
*Mengambil bahagain atau memberi sokongan kepada aktiviti / pertubuhan penjagaan alam sekitar, ESD, EIU

4) Strategi Pendidikan Lestari dalam Pengajian Sosial
(HAJAR, HUDA, ZILA, KIRIN)
• Kaedah pengajaran dan pembelajaran merentas kurikulum berasaskan pembelajaran melalui pengalaman contoh

- Perbincangan melalui pembelajaran
koperatif
- Permainan alam sekitar
- Kerja amali
- Projek

• Sumber pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Alam Sekitar. Contoh:
- Penubuhan Pusat Sumber Alam Sekitar atau stesen pembelajaran Pendidikan Alam Sekitar
- Koleksi herbarium, batu batan, dan tanah tanih
- Rakaman pita video
- Grafik dan model
- Diorama
- Gambar foto
- Laporan akhbar, majalah
- Dokumentari media elektronik

• Penerapan nilai-nilai alam sekitar merentasi kurikulum

- Aktiviti dalam pasukan beruniform (semasa berkhemah, lawatan, ceramah, khidmat masyarakat, pameran)
- Aktiviti persatuan / kelab (program kitar semula, pertandingan kuiz / debat)
- Aktiviti sukan (merentas desa, pengendalian dan penyelenggaraan padang permainan, pengurusan setor)


PERHATIAN :

1) BULLET YANG BOLD ADALAH TOPIK UTAMA. SUBTOPIK ADALAH YG BERTANDA SEMPANG. BULLET BINTANG ADALAH SUBTOPIK KECIL KEPADA TANDA SEMPANG.
2) SILA BINCANG DALAM KUMPULAN UNTUK PEMBAHAGIAN TUGASAN
3) SEBARANG MASALAH, SILA HUBUNGI PUAN FAZIDA OTHMAN (JABATAN KAJIAN SOSIAL) ATAU BOLEH HUBUNGI CIKGU WANA DI TALIAN HOTLINE NYA.
4) PEMBENTANGAN DIMULAKAN PADA HARI PERTAMA BERMULANYA SEMESTER 3.
5) PEMBENTANGAN MENGIKUT TOPIK (MULA DENGAN TOPIK 1)

TERIMA KASIH DAN HARAP MAKLUM.

Wednesday 2 December 2009

Rahsia Perempuan, Laki Mesti Baca

"Perempuan suka :

- lelaki yang gagah – selalu pegi workout kat gym
- pandai bersukan – bola, basket, ragbi etc.
- bijak pandai – CPGA mesti sentiasa atas 3.5
- ada kerja – dining hall, hotel, library etc.
- ada kereta – especially sports car tak kisah la tahun bila
- pandai jamming – guitar, bass, drum, keyboard etc.
- pandai buat lawak expecially dpn pompuan
- pandai programming – bleh buat website lawa2
- walaupon rock tapi alim2 sket – bleh lead solat jemaah
- berambut pendek dan kemas
- tak terlalu clean shaved – tinggal la sket janggut in vertical line..macho siot
- wangi – pandai pilih perfume
- hadiahkan bunga – even sekuntum rose je
- selalu hadiahkan teddy bear – kalo kecik bagi banyak2, kalo besar satu je
- ingat birthday awek – tak lupa bagi hadiah best2
- pandai amik ati mak and abah awek
- sanggup teman awek shopping – biarpon berjam-jam
- bleh bagi pendapat bila awek Tanya “awak, tudung wardina ni sesuai tak dgn saye?”
- bila cakap dlm phone, let women do the talking – lepas tu kasi komen

Perempuan tak suka :

- lelaki yang lemah – kurus, tak workout
- tak terer bersukan – petang2 tak kuar main, dok umah je
- study asyik kantoi – dok struggle nak kekalkan CGPA atas 2.0
- malas cari kerja – harap duit sholar je
- takde keta – pegi memane tumpang keta orang atau naik bas
- tak minat muzik langsung – tak leh sembang pasal rock bands
- takde sense of humor – org buat lawak die blur je
- takde life – tak gi jenjalan memane and tak tau tempat sekeliling
- tak celik IT – buat website guna frontpage pon kantoi
- asyik enjoy siang malam – tak ingat mati
- rambut serabai – panjang dan tak terurus
- kuat sangat isap rokok – sekali-sekala takpe la kot
- badan berbau – malas mandi
- tak romantic – bila awek mintak berkali-kali baru nak bagi bunga
- jarang hadiahkan teddy bear -
- wish happy birthday seminggu lewat – kuat lupa
- dah bertahun couple – tak pernah jumpa parents awek
- bagi alasan bila diajak pegi shopping
- asyik jawab “tak kisah” bila orang tanya pendapat dia
- bila borak on the phone, die pulak yg pot-pet lebey2"

Sunday 15 November 2009

Bende paling takut + phobia

Saye tau, anda semue takut sesuatu, disini saye akan bagi istilah bagi setiap ketakutan anda.

1.) Takut mati = taksedardiriphobia

2.) Takut bini = queencontrolphobia

3.) Takut air = dasarkambingphobia

4.) Takut api = bakarkaupunyarumahphobia

5.) Takut ceti = bayarhutangphobia

6.) Takut telefon = tekan2takdapatphobia

7.) Takut komputer = monitormousekeyboardphobia

8.) Takut kenderaan = petroldieseltayarphobia

9.) Takut chess = lelouchphobia

kalau dah ado...ese minta maaf yo

Sunday 8 November 2009

PJM

struktur:
6 peringkat TGFU, berikan 4 jenis kategori prmainan.
komponen pgerakan asas, 3 jenis pgerakan lokomotor n bukan lokomotor
butiran mengajar (mayb gerakan grapvine), terangkan konsep ansur maju.
langkah2 keselamatan dlm kelas pj

esei:
konsep pgerakan asas lokomotor dan bukan lokomotor, manipulasi alatan
pengurusan dan penilaian dlm pj (mengelola prmainan kecil)
teknik penilaian sst prmainan
langkah2 keselamatan dlm pj....(cth: kaedah RICE, TOTAPS, ABC, CPR.....

PSS 3103 Sejarah Perkembangan Negara

IPGM Kampus Keningau
1. Pemangkin Negara bangsa
2. Kejayaan Malaysia dari sudut ekonomi
3. Strategi dasar pendidikan Negara (strategi dan tujuan)
4. Kegemilangan zaman kesultanan melayu Melaka (pentadbiran, ekonomi dan sosial)
5. Faktor penentangan tokoh-tokoh terdahulu (contoh: Dol Said, Mat Salleh dan lain-lain)
6. Kepentingan dasar keluarga kearah penerapan nilai-nilai murni dalam agama Islam.

IPGM Kampus Sultan Mizan
tiada pengkhususan, cuma fokuskan kepada :
1.perpaduan
• masyarakat majmuk
• tragedi dan keharmonian kaum
• etnik, kepelbagaian kaum : bumiputera, sabah sarawak
• kepentingan perpaduan
• cabaran ke arah perpaduan (kepelbagaian agama, parti politik, sosial)
2.kepentingan sejarah
3.Melaka
• hubungan luar : china, siam
• kegemilangan
• kemerosotan
4. Pembinaan Negara Bangsa
• konsep negara bangsa : 1malaysia, DEB, malaysian malaysia
*fokuskan kepada Melaka*

PSS3104 Geografi dan persekitaran

Tajuk-tajuk yang perlu diberi perhatian dari
IPGM Kampus Sultan Mizan

objektif:
- geo kurikulum
- mengapa geo diletakkan dalam unit pengajian sosial
- pemerhatian : maksud, kepentingan, cara.
- rajah alatan cuaca : barometer n dll..
- unsur cuaca n iklim
- jenis2 hujan
- lapisan litosfera bumi
- kepentingan biosfera
- kesan pembersihan hutan
- faktor kepadatan penduduk
- industri : kesan, kepentingan
- jenis pembandaran
- migrasi : kesan, faktor
- langkah kajian lapangan
- cara kira kecerunan
struktur:
- kurikulum geo
- kajian lapangan ; sebelum, semasa, selepas
- alat2 cuaca
- mengira kecerunan
- teknik pemetaan
- cara lukis graf
esei:
- banjir
- industri
*kesan, kepentingan, faktor
- kajian luar : langkah, prosedur

PSS3104 Geografi dan persekitaran

Sumbangan tips peperiksaan PSS3104 dari IPGM Kampus Perlis

Struktur:
1. matlamat/kepentingan/kurikulum geo
2. teknik pemetaan
3. kerja lapangan: persediaan awal
4. lakarkan graf

Esei:
1. hidrosfera: kepentingan air @ sistem hidrosfera/langkah mengatasi kekurangan air/hujan asid/bgmn kebakaran mempengaruhi sistem hidrologi/banjir
2. kajian luar:(i) bukti tarikan pelancongan (ii) kesan akt pelancongan (iii) langkah mengatasi

Thursday 5 November 2009

Jangan Pikir Remeh

Berikut adalah beberapa kesilapan atau kesalahan yang sering kita lakukan dalam ibadat atau amalan agama. Point2 ini dipetik daripada ceramah2 Ustaz Ismail Kamus

1. Selalunya ketika kita sedang berpuasa sunat, apabila ada orang ajak makan kenduri, kita akan menolak dengan alasan kita sedang berpuasa. Sayang sgt nak bukak puasa kononnya nak dapat pahala puasa penuh. Sebenarnya, kalau dlm keadaan macam ni, adalah lebih baik utamakan untuk kita buka puasa dan pergi kenduri tersebut. Kerana memperkenankan jemputan itu lebih utama daripada kita meneruskan puasa sunat tersebut. Buka puasa pun boleh dapat pahala lebih, bagus kan? Takkan tak nak?

2. Ramai yang menganggap Islam ini hanya pada ibadat sahaja. Hukum solat, puasa, haji dijaga sepenuhnya. Tetapi hukum2 yang lain langsung tak mau ikut cara Islam contohnya bab riba, rasuah, dan sebagainya. Ingatlah, Islam itu lengkap dan syumul (menyeluruh) .

3. Sesetengah masjid suka bertarhim (baca ayat al-Quran sebelum azan Subuh) dan dilaungkan kuat-kuat speaker tu sampai satu kampung dengar. Kadang-kadang sejam atau setengah jam sebelum azan, dah bunyi dah. HARAM hukumnya kerana mengganggu orang tidur. Kena ambil kira orang di sekeliling tu mungkin ada orang tua, kanak-kanak baru lahir, orang sakit, orang yg tidur semula selepas bangun tahajjud, dsb. Buat apa nak kacau mereka tidur?

Yang disyariatkan dalam agama adalah azan Subuh sahaja. Kalau nak baca al-Quran pun baca sorang-sorang dah cukup. Tak payah bagi sekampung dengar. Rasa-rasa macam dapat pahala, rupa-rupanya dapat bala nanti.

Sebenarnya kalau kita sedang baca al-Quran (dengan suara kuat) sorang-sorang, tiba-tiba kawan sebelah kita tertidur, kita kena berhenti membaca al-Quran atau memperlahankan bacaan. Sebab menghormati orang yg sedang tidur itu. Inikan pula sekampung?? Kalau nak bertarhim kuat-kuat pun agak-agak dalam 10 minit atau 5 minit sebelum azan tu cukuplah. Tak perlulah lama-lama sangat, sampai setengah jam sebelum subuh. 10 minit tu dah kira sempat la orang nak bangun bersiap-siap untuk ke masjid. Kalau ada AJK masjid yang baca ni, please nasihatkan pada surau di qariah atau tempat masing-masing.

4. Sesetengah orang menghadapi masalah ketika hendak bertakbiratul ihram. Kadang-kadang angkat takbir berulang-ulang kali tapi masih tak masuk niat jugak. Ingatlah, itu cumalah gangguan syaitan sahaja. Memang ada syaitan yang tugasnya khas hanya untuk mengacau orang yang sedang bertakbiratul ihram sahaja. Pedulikan bisikan syaitan itu. Yakin dengan diri sendiri.

Berkenaan dengan niat pula, niat itu bukannya dibaca dalam hati, tapi hanya lintasan dalam hati sahaja. Jika dibaca, itu yang menyebabkan susah nak masuk sebab panjang sangat nak dibaca. Apa yang dikhuatiri adalah berikut: Jika anda sudah bertakbiratul ihram kali pertama dan andainya ia sudah sah disisi Allah, tapi kemudian anda ragu-ragu lantas anda turun semula dan takbir untuk kali kedua. Maka takbir kali kedua itu akan menyebabkan solat anda menerusi takbir pertama tadi terbatal. Dan jika anda meneruskan solat dengan takbir kedua itu, bermakna anda meneruskan solat dalam keadaan solat yang terbatal. Melainkan anda melakukan takbir kali ketiga.

Jadi kesimpulannya, make yourself firm & confident ketika takbir seelok-eloknya dapat pada takbir pertama & jgn peduli dengan bisikan syaitan selepas daripada itu.

5. Terdapat segelintir imam yang berdoa selepas solat akan memulakan doa dengan “Hamdan hamidin”, “Hamdan zakirin”, atau “Hamdan syakirin”. Bunyinya memang sedap, tapi dari segi nahu bahasa arabnya, itu salah. Ini kerana terdapatnya huruf Alif Lam pada perkataan kedua di setiap bacaan tersebut. Jadi yg sebetulnya harus disebut begini: “Hamdal-hamidin” , “Hamdaz-zakirin” dan ” Hamdasy-syakirin” . (p/s: huruf z adalah huruf zal).

6. Menurut mazhab Shafie, mesti terdapat 7 anggota yg menyentuh tanah ketika kita sedang sujud iaitu dahi, kedua-dua tapak tangan, kedua-dua lutut dan kedua-dua PERUT ibu jari kaki (hidung sunat sahaja). Yang nak ditekankan di sini adalah berkenaan PERUT IBU JARI KAKI, bermakna ibu jari kaki mestilah dilentikkan ketika sujud barulah perutnya boleh mencecah tanah. Terdapat ramai orang yang kakinya menegak sahaja tanpa dilentikkan.

Ketika sujud, tak sah solat kalau macam tu. Lagi satu yang selalu mesti diperhatikan ialah ketika sujud sebelum tahiyat akhir, ada yang dah standby siap-siap dah kakinya disilangkan, seperti tak sabar-sabar hendak duduk tahiyat akhir. Itu pun tak sah juga solatnya. Jadi, berjaga-jaga lah ketika melakukan pergerakan dalam solat. Jangan disebabkan hal yg kita anggap remeh camni menyebabkan solat kita tak diterima oleh Allah.

7. Di bulan puasa, orang kita rajin menghantar kuih-kuih atau juadah-juadah ke rumah jiran. Memang bagus sekali amalan ni. Tapi silapnya di mana? Orang kita selalu mengharapkan dibalas juadah tadi. Itulah silapnya. Niat dah lari. Kalau menghantar kuih-muih ke rumah sebelah, niatlah kerana Allah. Jangan mengharapkan dibalas. Kalau dibalas tu, itu rezeki lah namanya.

8. Apabila kita bersolat di tempat yang limited space tapi ramai orang, contohnya di surau R&R, dalam kapal terbang, dan sebagainya. Sesudah kita solat, terus aje bangun untuk bagi ruang kepada orang lain untuk solat. Tak payah nak berwirid la, doa panjang2 la, sembahyang sunat ba’diah la, ape la. Sebab lebih utama untuk kita bagi orang lain peluang untuk bersolat, menunaikan perkara wajib berbanding kita yang hanya nak buat perkara-perkara sunat. Lebih-lebih lagi kalau waktu maghrib sebab waktunya pendek. Kat R&R ramai orang camni.

9. Menunaikan haji sememangnya adalah rukun bagi kita. Tetapi kita kena pandai menyusun keutamaan. Contohnya jika kita dah cukup duit nak pergi haji tahun ni, tiba-tiba ada saudara kita atau adik beradik kita yang jatuh sakit memerlukan kos perubatan yang tinggi, kita kena tangguhkan dulu pergi haji tu. Gunakanlah duit tu untuk membantu adik beradik atau saudara kita tu. Itulah yg dituntut dalam Islam.

10. Jika kita hendak sembahyang sunat, tiba-tiba ada tetamu datang rumah, kita kena tangguhkan sembahyang itu dan pergi layan tetamu dulu. Itu yang lebih aula (lebih utama). Contohnya apabila selesai solat zohor, kita hendak solat ba’diah, tiba-tiba ada tetamu datang. Tangguhkan solat ba’diah tu dan pergi layan tetamu dulu. Selepas dah selesai baru buat solat ba’diah. Dan jika dah tak sempat, solat ba’diah zohor boleh diqada selepas solat asar. Walaupun selepas asar dah tak boleh solat sunat lagi, tetapi jika untuk qada solat ba’diah zohor, ia dibolehkan. Kerana ini pernah dibuat sendiri oleh nabi SAW. Tapi itu pun jika ada hal yg tak dapat dielakkan. Kalau saja-saja nak qada’ maka tak boleh lah.
Sebagai kesimpulan kepada point-point di atas, kita hendaklah pandai menyusun keutamaan dalam beribadat. Utamakan yang lebih utama. Jika kita gagal mengutamakan yang lebih utama boleh menyebabkan ibadat kita menjadi sia-sia sahaja, malah sesetengahnya boleh mengakibatkan dosa pula.

Sekian, semoga perkongsian ini ada manfaatnya.

Manusia selalu saja sibuk mencari sesuatu yang akan ditinggalkannya. Tetapi mereka tidak pula sibuk untuk menyiapkan bekalan yang bakal dibawa. Renung-renungkanlah

Wednesday 4 November 2009

10 Pekara Hal Sia Sia

Sufyan ats-Tsauri, seorang ulama hadis yang terkemuka, menyatakan bahawa ada sepuluh (10) hal yang termasuk dalam kategori sia-sia, iaitu:-

1. Laki-laki atau wanita yang berdoa untuk dirinya sendiri, tapi tidakdimohonkannya doa untuk ibu-bapanya sendiri dan kaum Muslimin.
2. Orang yang kerapkali membaca Al Quran, tapi tidak membaca secara tertib sampai seratus ayat tiap-tiap hari.
3. Laki-laki yang masuk ke dalam masjid, kemudian ia keluar kembali dari masjid itu tanpa mengerjakan shalat tahiyatul-masjid.
4. Orang-orang yang melewati tanah perkuburan, tapi tidak mengucapkan salam kepada penghuni-penghuni kubur dan tidak mendoakan untuk keselamatan arwah-arwah mereka.
5. Laki-laki yang masuk pada hari Jumaat ke suatu kota, kemudian ia keluar lagi dari kota itu tanpa mengerjakan shalat Jumaat berjemaah.
6. Laki-laki atau wanita yang tinggal di suatu lingkungan dengan seorang ulama, tapi dia tidak mempergunakan kesempatan itu untuk menambah ilmu pengetahuan.
7. Dua orang laki-laki yang bersahabat, tapi mereka tidak saling menanyakan tentang keadaan masing-masing dan keluarganya.
8. Laki-laki yang mengundang seseorang menjadi tetamunya, tapi tidak diacuhkan dan tidak dilayani tetamunya itu.
9. Pemuda yang menjadikan zaman mudanya berlalu begitu saja tanpa memanfaatkan waktu yang berharga itu untuk menuntut ilmu dan meningkatkan budi pekerti.
10. Orang yang tidak menyedari tetangganya yang merintih lantaran kelaparan, sedang ia sendiri makan kekenyangan di dalam rumahnya.